Posts

Showing posts from September, 2019

LAPORAN REFLEKSI GKK1043

Image
     Pada tanggal 10 September 2019, terdapat enam unit iaitu PSV1, PSV2, PAI1, PAI6, BM1, dan TESL2   telah bergabung tenaga bagi menjayakan ujian segak dan juga ujian bleep. Matlamat ujian SEGAK ini adalah untuk memastikan kita lebih peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti yang sihat untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental berdasarkan kesihatan yang optimum. Ujian SEGAK ini mengandungi beberapa objektif, antaranya ialah mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri dan mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.            Semasa ujian pre, catatan bagi Indeks Jisim Badan (BMI) saya ialah 20.5. Tinggi saya pada ketika itu ialah 165cm manakala jisim saya ketika itu ialah 55.8kg. Ukuran BMI tadi menunjukkan komposisi badan saya berada dalam keadaan normal. Pada ujian post pula, catatan BMI saya meningkat sedikit berbanding skor BMI saya ketika ujian pre dahulu, iaitu 21.3. Tinggi saya...