LAPORAN REFLEKSI GKK1043
Pada tanggal 10 September 2019, terdapat
enam unit iaitu PSV1, PSV2, PAI1, PAI6, BM1, dan TESL2 telah bergabung tenaga bagi menjayakan ujian
segak dan juga ujian bleep. Matlamat ujian SEGAK ini adalah untuk memastikan
kita lebih peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti yang sihat untuk
meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental berdasarkan kesihatan yang
optimum. Ujian SEGAK ini mengandungi beberapa objektif, antaranya ialah
mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri dan mengetahui tahap
kecergasan fizikal kendiri.
Semasa ujian pre, catatan bagi Indeks
Jisim Badan (BMI) saya ialah 20.5. Tinggi saya pada ketika itu ialah 165cm
manakala jisim saya ketika itu ialah 55.8kg. Ukuran BMI tadi menunjukkan
komposisi badan saya berada dalam keadaan normal. Pada ujian post pula, catatan
BMI saya meningkat sedikit berbanding skor BMI saya ketika ujian pre dahulu,
iaitu 21.3. Tinggi saya pada ketika itu ialah 165cm manakala jisim saya ialah
57.9kg dan komposisi badan saya berada dalam keadaan normal. Hal ini sedemikian
kerana saya mengamalkan rutin pemakanan dan melakukan aktiviti sukan secara
seimbang.
Bagi ujian SEGAK, semasa ujian pre,
catatan kadar denyutan nadi saya bagi ujian naik turun bangku adalah sebanyak
169 denyutan dalam masa seminit manakala sebanyak 220 denyutan dalam masa
seminit pada ujian post. Peningkatan berlaku pada kadar denyutan nadi saya. Ini
menunjukkan stamina saya berkurang kerana kurang cekap dalam mengawal
pernafasan saya.
Bagi ujian tekan tubi pula, semasa ujian
pre, saya boleh melakukan jumlah tekan tubi sebanyak 27 kali sahaja dalam masa
seminit, tetapi, pada ujian post, saya hanya mendapat bilangan tekan tubi
sebanyak 20 sahaja dalam masa seminit. Ini menunjukkan bahawa kekuatan otot
biseps dan triseps saya semakin menurun. Hal ini menunjukkan bahawa saya tidak
mampu menampung objek yang berat dalam jangka masa yang lama.
Bagi ujian ringkuk tubi separa, semasa
ujian pre, saya mendapat skor sebanyak 25 kali. Pada ujian post pula saya
berjaya mengekalkan momentum saya iaitu mendapat skor sebanyak 25 pada ujian
ini. Hal ini menunjukkan ketahanan abdomen saya adalah sama.
Selain itu, dalam ujian jangkauan
melunjur, pada ujian pre, saya hanya mendapat jangkauan melunjur sebanyak 29cm.
Dalam ujian post pula, saya berjaya mendapatkan skor sebanyak 31cm. Hal ini
menunjukkan bahawa saya mampu meregangkan badan saya dengan lebih rendah dan
juga lebih lama.
Dalam ujian terakhir, iaitu ujian bleep,
pada ujian pre, saya berjaya membuat larian dan mengakhiri larian saya sehingga
level 7.6. Baru-baru ini dalam ujian post, saya berjaya melakukan larian dan
menamatkannya pada level 8.6. Hal ini menunjukkan bahawa stamina dan juga daya
ketahanan saya semakin meningkat. Hal ini berlaku mungkin kerana saya telah
kerap melakukan aktiviti yang cergas.
Kesimpulannya, catatan bagi ujian SEGAK
dan juga ujian bleep kebanyakannya menunjukkan peningkatan pada ujian post.
Saya juga bijak dalam menentukan rutin seharian pemakanan saya sebelum saya
menjalani kesemua ujian tadi.






Comments
Post a Comment